Tahun 4 : Keperluan Asas Benda Hidup
Benda Hidup
- Manusia
- Haiwan
- Tumbuhan
Keperluan Asas
Keperluan yang perlu ada untuk terus hidup. Sekiranya salah satu
daripada keperluan ini tiada, benda hidup tidak dapat meneruskan hidup
dan akhirnya akan mati.
Keperluan Asas Manusia
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan
oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik
nafas dan menghembus nafas.
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah
dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh
badan.
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh dan binatang liar.
Keperluan Asas Haiwan
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan
oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik
nafas dan menghembus nafas.
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah
dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh
badan.
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh.
Keperluan Asas Tumbuhan
Udara untuk bernafas. Proses pernafasan bagi tumbuhan berbeza
dengan manusia dan haiwan. Tumbuhan bernafas melalui liang stoma yang
terdapat pada permukaan daun.
Air membantu tumbuhan menghantar nutrien ke seluruh bahagian tumbuhan.
Membantu pertumbuhan tumbuhan untuk terus hidup dan membiak.
Membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis, iaitu proses tumbuhan hijau membuat makanan sendiri
0 comments:
Post a Comment