Monday, March 11, 2013

teknologi

teknologi sekeliling kita
had keupayaan manusia

TIDAK DAPAT   :
 


MENGNGATI BANYAK PERKARA
MANYELESAIKAN MASAALAH MATEMATIK
BERJALAN JARAK JAUH
TERBANG
BERENANG JARAK JAUH
MEMBAWA BARANG BESAR ATAU BERAT
MELIHAT BENDA HALUS
MELIHAT OBJEK YANG JAUH
MENDENGAR BUNYI YANG PERLAHAN
BERCAKAP DENGAN KUAT

CARA UNTUK MENGATASI :
KOMPUTER
KALKULATOR
KENDERAAN DARAT
KAPAL TERBANG 
KAPAL
KREN
KANTA PEMBESAR
TELESKOP
MIKROPHONE
TELEPHONE

KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN ,PENGAKUTAN DARAT,PENGAKUTAN AIR,PENGAKUTAN UDARA,PERTANIAN&PEMBINAAN.


     
Read More ->>

bumi dan alam semesta tahun 4






Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer  (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

b) Sembilan planet



c) Satelit semula jadi



Bulan merupakan satu perkataan yang merujuk kepada sebarang satelit semula jadi sebarang planet. Dianggarkan sekitar 140 bulan terdapat dalam lingkungan sistem suria Bumi, dan lebih banyak lagi yang dipercayai mengorbit planet di bintang lain. Biasanya gergasi gas yang besar mempunyai sistem bulan yang luas. Planet Utarid dan Venus tidak mempunyai bulan sama sekali, Bumi mempunyai bulan tunggal yang besar, Marikh mempunyai dua bulan, and Pluto rakan besar yang dikenali sebagai bulan Charon (kdang kada dianggap planet berkembar


d) Komet

Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet yang cerah akan menarik perhatian ramai.

e) Asteroid


Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid.Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.
Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar asteroid.
Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih kecil.
Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya selamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula selalunya berkecai di atmosfera Bumi.
Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet.

Read More ->>

measurement

Pengukuran
-UKURAN PANJANG
1.Panjang: bermaksud jarak antara dua titik
Unit ukuran zaman dahulu ialah:jengkal,kaki,hasta,depa
Unit piawai:milimetre(mm),centimeter(cm),meter(m),kilomiter(km)
2.Alat untuk mengukur
-pembaris,pita ukur
-ukurlilit objek bulat menggunakan tali dan pembaris
3.Cara yang betul untuk membaca ukuran panjang



BESAR ATAU KECIL
Luas=panjang X lebar
Ukuran piawai:
-square milimeters( mm2)
- square centimeters(cm2 )
- square meters(m2 )
-square kilometers(km2 )
ISIPADU  PEPEJAL
-Isipadu=besar sesuatu ruang
-cara mengira isipadu=panjang x lebar x tinggi
 Unit Piawai:
-cubic milimeters( mm3)
- cubic centimeters( cm3)
- cubic meters( m3)
ISIPADU CECAIR
-alatan mengukur ialah :bikar,measuring jug ,measuring cylinder
 Unit Piawai:
-mililiter(ml )
-liter (l )
Cara yang betul membaca ukuran isipadu cecair
MENGUKUR BERAT
Mass :the amount of matter in an object
Measuring tools :
-beam balance
-lever balance
-compression balance
-bathroom balance
-electronic balance
Unit Piawai:
-miligram(mg)
-gram(g)
-Kilogram(kg)
Read More ->>

life processes

Manusia dan haiwan mengalami proses hidup yang hamper sama iaitu:bernafas,bernyahtinja ,berkumuh dan membiak .
MANUSIA BERNAFAS
-Untuk  mendapatkan oksigen
-Semasa kita menarik nafas,kita menyedut udara (banyak oksigen ,kurang karbon dioksida )dan dada akan menarik.
-Semasa kita menghembus nafas,kita menghembus udara keluar(banyak karbon dioksida ,kurang oksigen )dan dada akan menurun.




















-Organ pernafasan bagi manusia ialah peparu (termasuk hidung,mulut dan trakea)
-Kadar pernafasan bermaksud bilangan pergerakan dada dalam satu jangka masa .
MANUSIA BERKUMUH  DAN BERNYAHTINJA
-Perkumuhan ialah proses dimana bahan buangan yang tidak diperlukan dikeluarkan dari badan .
-organ prkumuhan
i. Peparu(wap air )


















ii. Ginjal (urine )















iii.Kulit( peluh )


















-Nyahtinja ialah proses dimana najis (makanan yang tidak dihadam )dikeluarkan melalui dubur.
-kepentingan perkumuhn dan nyahtinja
i.menjadikan badan kita sihat
ii.untuk mengekalkan suhu badan kita
Read More ->>

keperluan asas

Tahun 4 : Keperluan Asas Benda Hidup

Benda Hidup
  1. Manusia
  2. Haiwan
  3. Tumbuhan
Keperluan Asas

Keperluan yang perlu ada untuk terus hidup. Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tiada, benda hidup tidak dapat meneruskan hidup dan akhirnya akan mati.

Keperluan Asas Manusia
  • Udara
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas.
  • Air
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh badan.
  • Makanan
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Tempat berlindung
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh dan binatang liar.

Keperluan Asas Haiwan
  • Udara
Udara untuk bernafas. Pernafasan adalah satu proses yang dilakukan oleh semua benda hidup. Proses pernafasan melibatkan aktiviti menarik nafas dan menghembus nafas.
  • Air
Untuk menjalankan fungsi tubuh. Air membantu pengaliran darah dalam badan dan membantu proses menghantar zat-zat makanan ke seluruh badan.
  • Makanan
Memberi tenaga, membantu pertumbuhan badan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Tempat berlindung
Memberi perlindungan daripada cuaca buruk dan bahaya gangguan musuh.

Keperluan Asas Tumbuhan
  • Udara
Udara untuk bernafas. Proses pernafasan bagi tumbuhan berbeza dengan manusia dan haiwan. Tumbuhan bernafas melalui liang stoma yang terdapat pada permukaan daun.
  • Air
Air membantu tumbuhan menghantar nutrien ke seluruh bahagian tumbuhan.
  • Nutrien
Membantu pertumbuhan tumbuhan untuk terus hidup dan membiak.
  • Cahaya matahari
Membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis, iaitu proses tumbuhan hijau membuat makanan sendiri
Read More ->>

protection

sains tahun 4(perlindungan)


ciri-ciri haiwan untuk berlindung ialah

  1.  bersisik keras 
  2. berkulit tebal atau pun keras
  3. cengkeranya tebal ataupun keras
  4. berduri tajam
  5. berkuku tajam
  6. kaki panjang dan berotot
  7. mempunyai sengatan yang beracun
  8. mata palsu
  9. tanduk tajam
 tingkah laku haiwan

  1. mengeluarkan bau busuk
  2. pura-pura mati
  3. mengeluarkan dakwat hitam
  4. bersembunyi
  5. menggulungkan badan
  6. memutuskan ekor
  7. berubah warna
  8. tinggal dalam kumpulan 
Read More ->>
Powered by Blogger.

Google Translater


Blogger templates

Chrome Pointer
::-webkit-scrollbar {width:12px;height:10px;}::-webkit-scrollbar-button:start:decrement, ::-webkit-scrollbar-button:end:increment {height:10px;width:10px;display:block;background:#CFD0CD;border:1px solid #000000;}::-webkit-scrollbar-track-piece {background-color:#FFFFFF;}::-webkit-scrollbar-thumb:vertical, ::-webkit-scrollbar-thumb:horizontal {background-color:#CFD0CD;border:1px solid #000000;}